Bagaimanapun, peminat iPhone masih lagi beratur panjang di luar Apple Sydney Store, di George Street untuk menjadi antara yang terawal memiliki dua model terbaru tersebut. Pada 30 minit sebelum pintu kedai dibuka, seramai 65 orang sudah berada di ruang beratur di hadapan kedai.
Seorang juruterbang dari India, Namrata Singh, 37, berkata beliau amat terkejut apabila melihat orang ramai sanggup beratur daripada awal pagi semata-mata untuk mendapatkan sebuah telefon pintar. Beliau mendakwa perkara ini tidak pernah berlaku di negara asalnya.
Ianya ternyata berbeza dengan apa yang berlaku di Singapura apabila lebih 100 orang pembeli telah berada di hadapan kedai sejak petang Khamis, sehari sebelum hari pelancaran lagi. Apple Store di Orchard Road adalah satu-satunya Apple Store rasmi bagi Asia Tenggara.
Malaysia pula dijangka hanya akan mula menerima kemasukkan model baru iPhone ini seawal-awalnya pada bulan hadapan. Mampukah jualan iPhone di negara ini mencipta keterujaan yang sama seperti dua negara ini? Sama-sama kita nantikan.
Kredit gambar : CNET
Sumber
Berkaitan
- Huawei Hukum Pekerja Selepas Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- Huawei Kalahkan iPhone, Meletakkan Mereka Di Tempat Ke-2 Ketika Ini
- Apple Keluarkan Kemaskini iOS 12.0.1 Bagi Selesaikan Masalah Sambungan Wifi & Pengecasan iPhone XS
- Apple Beri Amaran Sebahagian iPhone 8 Mungkin Akan Mengalami Masalah, Tawar Gantian Percuma Kepada Pengguna
- Apple Bayar Balik RM 240 Kepada Pengguna iPhone Yang Menukar Bateri Sepanjang Tahun Lepas
- Kenal Pasti Kelebihan & Kekurangan Yang Ada Pada Asus Zenfone Max Pro M1
- Huawei- Mate 10 Akan Menjadi Pencabar Utama iPhone
- Kemungkinan Besar Ini Adalah Senarai Harga iPhone Xs, Xs Max dan XR Bagi Pasaran Malaysia
- Xiaomi Mi 9 Terima Markah DxOMark Lebih Tinggi Dari iPhone XS Max & Galaxy Note 9
- Alternatif iPhone 7: 4 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Ini