Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_

Imej Tertiris Dedahkan Modul Kamera iPhone 16

Diterbitkan Februari 17, 2024 · Dikemas kini Februari 17, 2024 oleh Amalina Athman

Laporan baru-baru ini mendedahkan rekaan bonggol kamera iPhone 16 sekali lagi berubah, yang menunjukkan seakan gabungan iPhone X dan iPhone 11. Dalam perkembangan terkini, imej yang tertiris telah mendedahkan komponen kamera iPhone 16.

Berkaitan

  • Kuo: Rekaan iPhone 16 Mungkin Tidak Banyak Berubah
  • Rekaan Bonggol Kamera iPhone 16 Sekali Lagi Dikatakan Berubah

Melalui platform X, Majin Bu telah berkongsi imej yang kelihatan seperti modul kamera bagi model asas iPhone 16, dengan menampilkan reka letak kamera secara menegak.

This would appear to be the new camera module of the iPhone 16, as you can see the vertical positioning is confirmed pic.twitter.com/JWF5olGwQ4

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) February 16, 2024

Unknownz21 – peniris yang pernah memberikan beberapa butiran tepat mengenai iPhone, membalas ciapan tersebut dan mendakwa imej itu diletakkan secara terbalik. Akan tetapi, ia tidak menafikan keaslian komponen tersebut.

https://twitter.com/appleiphone120/status/1758642055881126121

Sementara itu, MacRumors turut mengesahkan ketulenan reka bentuk komponen yang dikongsi oleh Majin Bu. Melalui sumbernya, laporan itu menyatakan item yang dipaparkan ialah casis kamera utama untuk projek kamera I-34 – bertujuan untuk digunakan dalam set model asas iPhone 16 yang akan dikeluarkan separuh kedua tahun ini.

Kebocoran komponen terbaharu ini juga selari dengan pelbagai laporan mengenai susunan kamera menegak yang telah dirancang oleh Apple untuk ‌iPhone 16‌.

Selain susunan lensa menegak, ‌iPhone 16‌ juga dijangka menerima butang Action yang setakat ini hanya ditawarkan untuk iPhone 15 Pro.

Sumber: Majin Bu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY