Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Capture Button iPhone 16

Butang ‘Capture’ iPhone 16 Dilapor Akan Hadir Dengan Ciri Baharu

Diterbitkan Januari 19, 2024 · Dikemas kini Januari 19, 2024 oleh Amalina Athman

Ura-ura pada September lalu mengatakan Apple merancang untuk menambah butang ‘Capture‘ baharu pada model iPhone 16.

Kemudiannya, laporan Bloomberg oleh Mark Gurman pada Disember mengesahkan akan terdapat butang khas baharu yang akan digunakan untuk merakam video.

Dalam perkembangan terkini, The Information telah berkongsi beberapa butiran baharu mengenai fungsi butang Capture pada iPhone 16.

Berkaitan

  • iPhone 16 Akan Dilengkapi Butang Khas Baharu - Mark Gurman
  • Kod Awal iOS 18 Dedahkan Semua Model iPhone 16 Akan Dilengkapi Cip A18

Menurut laporan itu, butang Capture akan bertindak balas kepada sentuhan dan tekanan, membolehkan pengguna zoom in dan zoom out dengan meleret ke kiri dan kanan butang, melaraskan fokus dan mengaktifkan rakaman dengan tekanan yang lebih kuat.

Butang itu dikatakan daripada jenis butang mekanikal dan bukannya solid state. Walaupun dengan reka bentuk mekanikal, permukaan butang Capture akan bertindak balas kepada input sentuhan.

Ketika ini, Apple dikhabarkan merancang untuk meletakkan butang Capture di sebelah kanan ‌iPhone‌, berkemungkinan terletak di bawah butang Power.

Selain itu, The Information mengatakan Apple menjangkakan butang Capture akan menjadi tarikan utama untuk jualan barisan iPhone 16.

Bagaimanapun, syarikat itu belum lagi memuktamadkan rekaan ‌iPhone 16‌. Dengan itu, tidak mustahil sekiranya reka bentuk butang tersebut boleh berubah pada masa akan datang.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY