Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G modem Apple Qualcomm

Siri iPhone 15 Mungkin Model Terakhir Guna Cip 5G Qualcomm

Diterbitkan Mac 2, 2023 ยท Dikemas kini Mac 2, 2023 oleh Amalina Athman

Siri iPhone 15 mungkin model terakhir yang akan menggunakan cip 5G Qualcomm. Menurut CEO Qualcomm Christiano Amon, Apple dijangka akan beralih kepada cip 5Gnya sendiri untuk iPhone 2024.

Berkaitan

  • Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm
  • Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025
  • Qualcomm Mungkin Rugi Besar Jika Apple Guna Cip 5G Sendiri

Walaupun begitu, Amon mengatakan keputusan tersebut bergantung kepada pihak Apple. Jelasnya, Qualcomm juga tidak menjangkakan penghasilan modem untuk iPhone 2023, tetapi Apple kemudiannya memutuskan untuk meneruskan selama setahun lagi.

Ketika ini, Qualcomm merupakan pembekal eksklusif modem 5G untuk peranti Apple, termasuk iPhone 14.

Namun, sejak beberapa tahun ini, Apple dikatakan merancang untuk membangunkan cip modemnya sendiri. Bloomberg pada Januari lalu turut melaporkan Apple mahu membangunkan cip yang akan menggabungkan modem selular, Wi-Fi dan Bluetooth menjadi satu komponen.

Berdasarkan jangkaan CEO Qualcomm itu, terdapat kemungkinan cip 5G Apple akan diperkenalkan sekurang-kurangnya pada salah satu model iPhone 16 atau iPad terlebih dahulu. Akan tetapi, penganalisis Ming-Chi Kuo pula mengatakan belum dapat dipastikan sama ada siri iPhone 16 akan menggunakan cip 5G Apple, memandangkan terdapat beberapa halangan teknikal yang berkaitan komunikasi satelit dan mmWave.

Dengan itu, masih belum jelas jika Apple akan terus menerima bekalan cip 5G daripada Qualcomm pada 2024 atau sebaliknya akan beralih kepada cip 5Gnya sendiri seperti yang dikhabarkan.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY