Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025

Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025

Diterbitkan Januari 10, 2023 · Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Qualcomm, Apple dikatakan telah merancang untuk membangunkan cip modemnya sendiri sejak beberapa tahun ini. Terbaharu, gergasi teknologi itu kini dilapor mahu mula menggantikan cip modem Qualcomm yang digunakan pada iPhone, seawal 2024.

Menurut Bloomberg, sebagai sebahagian daripada peralihan kepada pembuatan cipnya sendiri bermula 2024, Apple juga mahu menghentikan penggunaan komponen daripada Broadcom menjelang 2025.

Berkaitan

  • Apple Masih Gagal Bangunkan Modem 5G Sendiri - Kuo
  • Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm

Ketika ini, Apple dalam usaha untuk membangunkan cip Wi-Fi dan Bluetooth yang akan menggantikan komponen yang diperoleh daripada Broadcom. Sebagai tambahan, Bloomberg berkata Apple juga sedang mengusahakan cip yang akan menggabungkan fungsi modem selular, Wi-Fi dan Bluetooth menjadi satu komponen.

Pada 2020, Apple berkata ia membelanjakan sejumlah $15 bilion (~RM65 bilion) untuk pembelian cip Broadcom, dengan perjanjian itu ditetapkan sehingga pertengahan tahun 2023. Selain cip Wi-Fi dan Bluetooth, Broadcom masih membekalkan Apple dengan cip frekuensi radio dan cip untuk mengendalikan pengecasan tanpa wayar, di mana kedua-duanya juga sedang diusahakan oleh Apple untuk menggantikannya.

Terdahulu, Apple dilapor akan menggantikan cip modem Qualcomm pada tahun ini, namun terdapat beberapa halangan yang membuatkan rancangan itu terpaksa ditangguhkan.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY