Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 1TB

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Kadar Segar Semula Lebih Tinggi

Diterbitkan Februari 17, 2021 · Dikemas kini Februari 17, 2021 oleh Amalina Athman

Apple kini menerima paten baharu oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat. Melalui paten tersebut, ia menerangkan paparan dengan pelbagai mod kadar segar semula, di mana ia boleh digandakan sehingga empat kali lebih tinggi.

Sebagai contoh, ‌iPhone‌ dengan paparan 60Hz dapat digandakan menjadi 120Hz, 180Hz, atau 240Hz secara automatik.

iPhone 12 panel 240Hz

Paten dengan terbitan bertarikh 16 Februari 2021 ini telah pun difailkan sejak 10 Mac tahun lalu. Dengan penerimaan paten baharu ini, tidak mustahil ia akan digunakan pada iPhone 13 yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Terdahulu, terdapat spekulasi mengatakan panel ProMotion 120Hz mungkin akan dimuatkan pada iPhone 13. Khabar pada bulan lalu turut menyatakan iPhone 13 Pro mungkin akan menggunakan teknologi LTPO dari Samsung untuk panel 120Hz.

Sehingga kini, model iPhone masih belum dimuatkan dengan kadar segar semula 120Hz seperti yang terdapat pada kebanyakan peranti andalan lain. iPhone 12 yang dikatakan akan hadir dengan panel 120Hz juga tidak menjadi kenyataan selepas mengambil kira faktor jangka hayat bateri.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY