Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 Pro 120Hz

Model iPhone 13 Pro Akan Guna Teknologi LTPO Dari Samsung Untuk Panel 120Hz

Diterbitkan Januari 6, 2021 oleh Amalina Athman

Samsung kini dilaporkan akan menjadi pembekal tunggal bagi paparan dengan teknologi low-temperature polycrystalline oxide (LTPO) OLED untuk kedua-dua model iPhone Pro yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Menerusi teknologi paparan LTPO yang dihasilkan oleh Samsung Display, ia membolehkan sokongan kadar segar semula 120Hz untuk dua model paling mahal dalam siri itu.

Sementara itu, LG Display pula dikhabarkan tidak dapat membekalkan LTPO OLED kepada Apple untuk iPhone pada tahun ini. LG dijangka akan memfokuskan kepada peningkatan kapasiti bekalan pada tahun ini sebelum mula membekalkan paparan tersebut pada tahun 2022.

Di sisi yang lain, Apple merancang untuk menggunakan LTPO OLED bagi semua model iPhone yang akan dilancarkan pada 2022.

Sumber: The Elec

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY