Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 oktober

(Ura-Ura) Pelancaran iPhone 12 Mungkin Berlangsung Pada 13 Oktober

Diterbitkan September 23, 2020 oleh Amalina Athman

Apple pada minggu lalu telah memperkenalkan Apple Watch Series 6, Watch SE, model baharu iPad dan iPad Air dalam acara “Time Flies”. Terbaru, Apple dikhabarkan akan melangsungkan acara pelancaran iPhone 12 dalam beberapa minggu lagi.

Walaupun Apple belum mengesahkan bila pelancaran tersebut akan berlangsung, terdapat laporan yang menyatakan iPhone 12 mungkin akan dilancarkan pada 13 Oktober ini. Ia turut menambah pra tempahan peranti itu akan bermula 16 Oktober.

tarikh pelancaran iPhone 12

Dalam pada itu, laporan lain mendakwa Apple dalam persediaan untuk mengadakan acara pelancaran produk dengan sambungan 5G. Menerusi satu pembentangan, CEO British Telecom, Marc Allera mengatakan,

“We are just days away from Apple’s next major launch, a 5G iPhone, which will be a huge boost for 5G,”

Naib Presiden Perisian dan Perkhidmatan Internet Apple, Eddy Cue turut dilihat muncul dalam pembentangan tersebut.

Sebelum ini, Apple juga dikhabar akan menggunakan nama iPhone 12 mini bagi bagi model bersaiz 5.4 inci.

Sumber: Apple Insider, MacRumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY