Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IPC Super Seram Sale_1

IPC Dan IKEA Perkenal Laman Mikro Buat Pengguna Sempena 11.11

Diterbitkan November 9, 2020 oleh Amsyar Latif

Pusat beli-belah komuniti IPC dan IKEA Southeast Asia memperkenalkan pengalaman beli-belah berbilang saluran dengan Super Seram Sale selama sebulan.

IPC Super Seram Sale_1

Jualan bertema Halloween ini memudahkan pembeli untuk mengatur rancangan membeli-belah lebih awal menerusi laman mikro Super Seram Sale.

Laman ini juga akan mempunyai tawaran dan promosi eksklusif daripada pelbagai jenama melalui dalam talian mulai hari ini hingga 30 November 2020.

Inisiatif ini juga beri pelanggan untuk kunjungi pusat beli-belah sendiri atau guna khidmat pembeli peribadi menerusi rakan beli-belah rasmi IPC dan GoGet.

Selain itu, pelanggan mempunyai pilihan untuk ambil sendiri barangan dari tempat pengambilan yang ditetapkan atau meminta barang tersebut dihantar terus ke rumah.

IPC Super Seram Sale_3

Tambahan lagi, dua ahli Tack Club IPC yang catat perbelanjaan paling tinggi berpeluang bawa pulang pengering rambut Dyson Supersonic atau Sony PlayStation 4 Pro.

IPC Super Seram Sale_2

Hadiah dan ganjaran lain yang boleh didapati sepanjang kempen Super Seram Sale termasuk:

  • Penebusan 1 pelitup muka bercorak labu senyuman bagi pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dalam 1 resit
  • Penebusan 1 pelitup muka bercorak labu senyuman bagi ahli Tack Club yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam 1 resit
  • Penebusan 1 e-baucar Seram bernilai RM10 bagi ahli Tack Club yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam 2 resit

Kempen ini akan diadakan di seluruh negara yang menempatkan IKEA dan Jualan Akhir Tahun IKEA turut bermula hari ini hingga 30 November.

Untuk melihat tawaran dan promosi, anda juga boleh kunjungi laman web rasmi superseramsale.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY