Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Perbezaan Taktik ‘Scam’ Guna Pancingan Data Phishing, Vishing Dan Smishing

Ini Perbezaan Taktik ‘Scam’ Guna Pancingan Data Phishing, Vishing Dan Smishing

Diterbitkan Ogos 10, 2022 oleh Amalina Athman

Akhir-akhir ini, pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kementerian dan agensi terlibat bagi mendedahkan lebih banyak maklumat kepada orang awam mengenai penipuan dalam talian. Ia bertujuan untuk mengekang penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Berkaitan

  • KPDNHEP: 'Scammer' Hantar SMS Kononnya TNB Beri Pampasan Akibat Gangguan Bekalan Elektrik
  • 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan
  • Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Ini Yang Perlu Dilakukan Dengan Segera

Bagi anda yang belum tahu, penipuan dalam talian ini menggunakan beberapa cara untuk memancing data pengguna. Antaranya termasuk Phishing, Vishing dan Smishing. Bunyinya seakan-akan sama, namun ianya adalah perkara yang berbeza. Berikut merupakan perbezaan antara ketiga-tiga teknik pancingan data yang digunakan.

Phishing

Phishing merupakan penghantaran e-mel dengan pautan laman web palsu yang kelihatan sama seperti laman web perbankan asli. Teknik ini juga akan merekod semua maklumat peribadi yang diisi ketika cuba mengakses laman web palsu tersebut.

Vishing (Voice-Phishing)

Anda mungkin pernah mendengar mengenai phishing, namun jarang mendengar mengenai teknik vishing. Teknik ini menggunakan penyamaran melalui panggilan telefon. Contohnya menyamar sebagai wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pegawai bank, badan berkuasa atau kenalan dan seterusnya meminta kata laluan perbankan atau pemindahan wang.

Smishing (TAC/SMS-Phishing)

Bagi teknik smishing ini, ia menggunakan penghantaran SMS yang meminta nombor laluan perbankan TAC (OTP) atau mengandungi pautan (link) palsu.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika mengesan sebarang teknik yang digunakan di atas, anda diminta untuk melakukan perkara di bawah:

  • Jangan sesekali respon atau klik pada pautan yang diberikan dalam e-mel atau SMS
  • Jangan balas sebarang e-mel, panggilan telefon atau SMS yang meminta maklumat peribadi dan perbankan anda
  • Taip atau semak alamat laman web setiap kali ingin melakukan perbankan internet
  • Pastikan terdapat ikon mangga (padlock) pada bahagian URL atau sebelah kanan pelayar web bagi memastikan laman tersebut adalah selamat untuk dilayari
  • Semak sekiranya nombor telefon itu adalah Scammer di SemakMule https://ccid.rmp.gov.my/semakmule

Sumber: KPDNHEP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY