Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro 2021

iPad Pro 2021 Mungkin Sehebat Mac Dengan Cip M1

Diterbitkan Mac 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Laporan daripada Jon Prosser terdahulu, beliau menjangkakan beberapa produk Apple akan dilancarkan pada bulan ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, Apple sememangnya akan mengadakan acara khas pada bulan Mac. Salah satu produk yang dijangka dilancarkan adalah iPad Pro baharu.

Menurut Mark Gurman, iPad Pro yang akan dikuasakan cip A14 Bionic akan memberikan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding model sebelumnya yang menggunakan cip A12Z Bionic.

iPad Pro Kini Dengan USB-C Dan Face ID Untuk Paparan Yang Lebih Luas
iPad Pro 2018

Selain itu, cip pemproses dengan seni bina 5nm ini turut dijangka sehebat Mac yang dikuasakan Apple Silicon M1.

Rekaan bagi iPad Pro 2021 juga mungkin tidak banyak perubahan, seperti yang kami laporkan. Namun, perubahan ketara adalah pada paparannya yang dijangka menjadi peranti Apple pertama dengan panel Mini-LED.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah spekulasi awal dan mungkin kita akan lihat bagaimana prestasi sebenarnya jika ia dilancarkan pada bulan ini.

Sumber: phone arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY