Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mungkin Melancarkan Beberapa Produk Pada Mac Ini

Apple Mungkin Melancarkan Beberapa Produk Pada Mac Ini

Diterbitkan Februari 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika dilihat corak acara Apple sebelum ini, mereka sering mengadakan satu atau dua acara sebelum pelancaran iPhone yang kebiasaannya berlangsung pada September.

Terbaru, menurut Jon Prosser, Apple mungkin akan melancarkan beberapa produk baharu pada Mac ini.

Also March, as far as I know

— jon prosser (@jon_prosser) February 12, 2021

Produk yang dijangka adalah AirTags dan iPad Pro miniLED. Ia berkemungkinan akan terjadi memandangkan Jon Prosser mempunyai rekod yang baik dalam meramalkan perkara sebegini.

What to expect at March
❌ARM Macs
✅iPad Pro
✅AirTags
✅AirPods
❌Cheaper AirPods Max

— TheAppleWire (@TheAppleWire) February 14, 2021

Tambahan lagi, LeaksApplePro turut meramalkan Apple AirPods 3 akan dilancarkan bersama-sama produk tersebut.

Mengimbas kembali ura-ura berkaitannya, imej komputer iPad Pro baharu telah pun didedahkan yang mana paparan baharu akan diperkenalkan.

Bagi AirPods 3 pula, ia dijangka produk Air Pods Pro lebih mampu milik dimana rekaan yang hampir sama tetapi kekurangan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC).

Sumber: Jon Prosser, LeaksApplePro

Foto Utama: macrumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY