Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad-Pro-2021-Cad-renders-08 wide

Imej Komputer Rekaan iPad Pro 2021 Didedahkan – iPad Dengan Saiz 12.9 Inci

Diterbitkan Januari 12, 2021 oleh Amsyar Latif

iPad Pro sebelum ini dijangka akan diperkenalkan sekitar pertengahan 2021. Maklumat berkaitan harga serta spesifikasi tablet ini masih belum diketahui sehingga kini.

Namun, terbaru 91mobiles dalam laman mereka telah menerima imej komputer (CAD renders) rekaan iPad Pro baharu ini melalui sumber yang dipercayai.

Imej Komputer Rekaan iPad Pro 2021 Didedahkan – iPad Dengan Saiz 12.9 Inci

Berdasarkan imej tersebut, iPad bersaiz 12.9 inci ini tampil dengan rekaan hampir sama dengan iPad Pro 2020 , berbentuk petak, bezel yang nipis dan modul kamera berbentuk kotak.

Pada bahagian hadapan, terdapat kamera serta Face ID sama seperti iPad Pro 2020 dan pada bahagian atas, terletaknya butang kuasa yang mungkin akan hadir dengan pengimbas cap jari.

Selain itu, iPad Pro 2021 ini akan dilengkapi sistem kuad-pembesar suara dan dua tetapan kamera belakang dengan LED flash, sensor LiDAR dan juga mikrofon.

Imej Komputer Rekaan iPad Pro 2021 Didedahkan – iPad Dengan Saiz 12.9 Inci
Imej Komputer Rekaan iPad Pro 2021 Didedahkan – iPad Dengan Saiz 12.9 Inci
Imej Komputer Rekaan iPad Pro 2021 Didedahkan – iPad Dengan Saiz 12.9 Inci
Imej Komputer Rekaan iPad Pro 2021 Didedahkan – iPad Dengan Saiz 12.9 Inci

Ia turut tampil dengan pin magnet untuk papan kekunci iPad. Tambahan lagi, terdapat jalur pengecasan untuk Apple Pencil pada bahagian kanan tablet ini. Untuk bahagian bawah pula, kemungkinan ia akan menggunakan pengecasan USB-C.

iPad Pro baharu ini dijangka akan dijana dengan cip pemproses A14 Bionic serta akan menyokong rangkaian 5G.

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY