iPad Air Kini Secara Rasmi Dijual Di Malaysia, Harga Bermula RM2599

Apple melalui acara pada pertengahan September lalu telah mengumumkan iPad Air yang sudah memasuki generasi ke-4. Kini, iPad Air secara rasmi mula dijual untuk pasaran tempatan.

Imbas kembali, iPad Air merupakan model yang telah dinaik taraf dengan cip A14 Bionic, iaitu cip terpantas Apple buat masa ini. Menampilkan rekaan baharu, ia menggunakan bezel nipis dengan skrin bersaiz 10.9 inci.



Antara ciri lain yang dimuatkan pada iPad Air adalah sokongan Touch ID, pembesar suara stereo, kamera belakang 12MP f/1.8 serta 7MP kamera swafoto.

Bagi aksesori, ia menyokong pengecasan berasaskan USB-C dan Smart Connector sambungan Magic Keyboard (boleh dibeli secara berasingan)



iPad Air menampilkan lima pilihan warna iaitu Space Gray, Silver, Rose Gold, Green dan Sky Blue. Harga yang ditawarkan untuk iPad Air adalah seperti berikut:

Wi-Fi

  • 64GB - RM2599

  • 256GB - RM3249


Wi-Fi+LTE

  • 64GB - RM3149

  • 256GB - RM3799


harga iPad Air 2020

Bagaimanapun, hanya model Wi-Fi sahaja yang ditawarkan buat masa ini. Bagi model WiFi+Selular, ia dijangka akan ditawarkan pada hujung tahun ini. Pembelian iPad Air boleh dibuat melalui laman rasmi Apple Malaysia bermula hari ini dengan tempoh penghantaran sekitar 4 hingga 6 hari.