Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17 Developer Beta

iOS 17 Developer Beta Kini Boleh Diuji Secara Percuma

Diterbitkan Jun 8, 2023 · Dikemas kini Jun 8, 2023 oleh Amalina Athman

Selama bertahun-tahun, akses untuk iOS Developer Beta hanya tersedia melalui akaun pembangun dengan langganan tahunan sebanyak $99 (~RM456). Terbaharu, Apple kini membenarkan iOS 17 Developer Beta diuji secara percuma.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Antara Yang Diumumkan Dalam iOS 17
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17

Menurut Apple, sesiapa sahaja yang mendaftar sebagai pembangun di Apple Developer dengan Apple ID akan mendapat akses kepada kemas kini tersebut, walaupun tidak membayar langganan bagi Apple Developer Program.

iOS 17 Developer Beta_2

Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai Apple ID boleh memuat turun dan memasang iOS 17 versi pembangun tanpa perlu menunggu beta awam dilancarkan.

Namun, perlu diketahui Apple tidak menggalakkan pengguna, terutamanya yang menggunakan iPhone sebagai peranti utama untuk memuat turun dan memasang iOS 17 Developer Beta ini.

Kebiasaannya, perisian beta akan mempunyai sejumlah isu dan pepijat, yang mana boleh menghalang sistem operasi berfungsi dengan baik atau menyebabkan masalah lain.

iOS 17 dijangka akan dilepaskan kepada pengguna awam pada September kelak.

Sumber: Apple Developer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY