Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
keyboard typing iphone

iOS 16 Hadir Dengan ‘Haptic Feedback’ Semasa Menaip, Ini Cara Hidupkan

Diterbitkan Julai 26, 2022 · Dikemas kini Julai 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Antara ciri baharu diperkenal dalam iOS 16 ialah getaran ‘haptic’ pada papan kekunci semasa menaip. Versi awam dijangka pada September kelak.

Ya, benar ciri ini berkurun lamanya terdapat di sebuah platform yang bernama Android.

Jika anda sedang menggunakan iOS 16 versi beta, ataupun untuk rujukan selepas iOS 16 dilepaskan, guna kaedah ini untuk hidupkannya:

  1. Buka ‘Settings’.
  2. Masuk ‘Sounds & Haptics’.
  3. Masuk ‘Keyboard Feedback’.
  4. Hidupkan ‘Haptic’.
iPhone haptic keyboard 1
Sumber: 9To5Mac

Secara peribadi, saya tutupkan ciri getaran semasa menaip setiap kali mengulas peranti baharu kerana terasa terganggu.

Namun daripada cubaan saya, getaran daripada ciri haptic pada iOS 16 beta agak baik kerana tidak terlalu kasar atau kuat.

Untuk menyemak apakah peranti anda menyokong iOS 16 kelak, boleh bacanya di SINI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY