Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 16

iOS 16 Dilapor Capai Muat Turun Lebih Tinggi Daripada iOS 15 Dalam 24 Jam

Diterbitkan September 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

iOS 16 telah dilepaskan pada beberapa hari lalu. Antara tumpuannya ialah skrin kunci dan gambar hias yang boleh disuaikan mengikut kehendak pengguna.

Terbaru, 9to5Mac berkongsi bahawa sebanyak 6.71% pengguna iPhone telah menaik taraf ke iOS 16 dalam masa 24 jam.

Ini lebih tinggi daripada 6.48% pengguna semasa iOS 15 dulu untuk tempoh sama.

ios 16

Namun, ia masih tidak dapat menandingi  iOS 14 yang mencapai 9.22%.

Untuk tempoh 3 hari pertama pula, iOS 16 mencatatkan 10.45% pengguna, iOS 15 pula setinggi 9.86% manakala iOS 14 masih tertinggi iaitu 14.68%.

Apa puncanya iOS 14 masih tertinggi antara ketiga-tiga versi?

iOS 16 lock screen

Ini mungkin kerana iOS 14 membawakan perubahan yang agak besar contohnya pengenalan App Library dan panggilan yang tidak lagi mengambil ruang skrin penuh.

iOS 15 pula seolah-oleh tampalan kemas kini kecil kerana hanya membawakan ciri-ciri baharu yang seumpama sampingan saja pada sistem sedia ada.

Berkaitan

  • iOS 16 Membenarkan Kunci Album 'Hidden' Dan 'Recently Deleted'
  • iOS 16 Versi Beta Tunjuk Peratus Bateri Pada Ikon, Tak Perlu Lagi 'Swipe Down'
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga
  • Cara Paparkan Peratusan Bateri Pada 'Lock Screen' Di iOS 16
  • Google Perkenal Widget Untuk Skrin Kunci iOS 16
  • Paparan Kekal Pada iPhone 14 Pro Akan Dimatikan Bila Apple Watch Berjauhan
  • Peratus Bateri Untuk 4 Model iPhone Dilapor Akan Hadir Dalam Kemas Kini iOS 16.1

Versi iOS terbaharu, iOS 16 pula sememangnya menarik perhatian kebanyakan pengguna kerana banyak pembaharuan dari segi antara muka termasuklah pemain media di skrin kunci.

Sumber: 9to5Mac, Mixpanel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY