Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 16.5 security

iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

Diterbitkan Mei 19, 2023 ยท Dikemas kini Mei 19, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam kemas kini iOS 16.5 yang dikeluarkan hari ini, Apple menyediakan tampalan keselamatan dan pembetulan pepijat. Sejumlah 39 tampalan keselamatan telah disenaraikan dalam kemas kini iOS 16.5 dan Apple menyatakan bahawa tiga daripadanya dilaporkan mungkin telah dieksploitasi secara aktif.

Berkaitan

  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • Kemas Kini iOS 16.5 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat

Kemas kini keselamatan ini termasuk tampalan yang melibatkan kernel ke CoreServices, Photos, Sandbox, Siri dan Shortcuts, System Settings, Weather, Wi-Fi dan WebKit.

Berikut adalah tiga tampalan keselamatan WebKit yang membetulkan kelemahan yang dipercayai dieksploitasi secara aktif.

iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera
iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera
iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

Perlu diketahui, dua daripadanya telah pun ditampal dalam kemas kini Rapid Security Response 16.4.1 (a) pada awal Mei lalu.

Selain iOS 16.5, Apple turut menyediakan kemas kini iOS 15.7.6 untuk pengguna iPhone 7 dan terdahulu. Kemas kini ini menyediakan lebih 15 tampalan keselamatan yang mana dua daripadanya mungkin telah dieksploitasi secara aktif.

iOS 16.5 Tampal Sejumlah 39 Kelemahan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera

Lanjutan itu, pengguna iOS disarankan untuk melakukan kemas kini iOS 16.5 dan iOS 15.7.6 dengan segera.

Seperti biasa, kemas kini boleh dilakukan secara OTA melalui Settings > General > Software Update > Download and Install.

Sumber: Apple Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY