Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Tidak Menutup Jenama Ekstrim Mereka Untuk Kelas PC Premium

Intel Tidak Menutup Jenama Ekstrim Mereka Untuk Kelas PC Premium

Diterbitkan Julai 13, 2018 oleh Wiser MY

Terdapat khabar angin mengatakan yang Intel sudah bersedia untuk tidak lagi menggunakan jenama Extreme Edition yang disasarkan untuk PC kelas premium. Menurut tweet dari Francois Piednoel, seorang bekas arkitek cip Intel yang sudah bekerja selama 20 tahun di syarikat tersebut mengatakan keputusan Intel ‘membunuh’ jenama Extreme Edition itu sebagai kesilapan besar.

https://twitter.com/FPiednoel/status/1016360673318612992

PC GAMER telah bertanya kepada pihak Intel sendiri bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan Francois Piednoel itu. Intel membalas mengatakan dakwaan tersebut tidak tepat dan tiada perubahan akan berlaku untuk cip Intel Core Extreme Edition atau keluarga cip siri Core-X.

Tiada perubahan berlaku untuk kepada jenama cip pemprosesan Intel Core Extreme Edition dan keluarga Intel Core-X secara keseluruhan, Intel

 

Cip pemprosesan Ekstrim terbaru adalah Core i9-7980XE yang mengandungi 18 teras bersama 36 benang dengan base clock berfrekuensi 2.6GHz dan boleh dipertingkatkan kepada 4.2GHz.

Intel Tidak Menutup Jenama Ekstrim Mereka Untuk Kelas PC Premium

Intel Extreme Edition telah wujud dalam tempoh melebihi 10 tahun dengan Intel® Pentium® Processor Extreme Edition 965 menjadi edisi ekstrim terawal pada tahun 2001.

Intel mendapat tentangan hebat dari AMD yang juga mempunyai cip dalam segmen yang sama seperti Threadripper dan menarik untuk melihat bagaimana Intel mempersiapkan diri menghadapi asakan dari pasukan ‘merah’.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY