Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Intel Gunakan Teknologi Fabrikasi 22nm Untuk Chipset H310C

Posted on September 20, 2018

Intel telah diketahui sedang mengalami masalah dalam memenuhi keperluan pasaran cip pemprosesan 14nm mereka. Disebabkan itu, penghasilan chipset 14 nm mereka turut menerima impak yang sama dengan kekangan penghasilan di fasiliti 14nm mereka.

Tom’s Hardware telah mensahkan yang Intel menukar teknologi 14nm ke 22nm untuk chipset H310C mereka. Terdapat juga laporan di mana mereka telah memindahkan semua penghasilan tersebut kepada TSMC tetapi mungkin akan berubah lagi selepas ini.

Kredit: mydrivers.com
H310
Kredit: mydrivers.com
H301C

Masalah bermula apabila papan induk untuk chipset H310 mula menghadapi masalah pengeluaran serta rancangan masa panjang mereka untuk berpindah ke teknologi 10nm turut tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Kesan kepada semua ini kepada pengguna adalah kenaikan harga dan juga kekurangan stok sedia ada membuatkan reputasi Intel semakin tercalar. Pesaing terdekat mereka, AMD sudah bersedia menghasilkan cip pemprosesan dan grafik menggunakan teknologi 7nm selewat-lewatnya tahun ini manakala Intel mungkin dapat memperkenalkan produk dengan teknologi yang sama pada akhir tahun 2019.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress