Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Nafi Dakwaan Hadkan Jangkauan Foto Perkongsian Hanya Kepada 7% Pengikut

Instagram Nafi Dakwaan Hadkan Jangkauan Foto Perkongsian Hanya Kepada 7% Pengikut

Diterbitkan Januari 24, 2019 · Dikemas kini Januari 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Baru-baru ini, timbul khabar angin menyatakan Instagram melaksanakan algoritma baru pada aplikasi mereka yang membuatkan perkongsian gambar hanya boleh dilihat 7% dari pengikut sebenar pengguna.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Instagram telah membuat kicauan di Twitter menerangkan bahawa mereka tidak pernah menyembunyi atau mengehadkan jangkauan perkongsian gambar pengguna.

Menambah lagi, paparan awal pada Instagram anda adalah berdasarkan perkongsian serta akaun yang sering dilawati. Ia dituruti beberapa faktor lain seperti masa perkongsian, kekerapan anda menggunakan Instagram, jumlah akaun yang anda ikuti dan lain-lain.

Sebelum ini, ada yang mengaitkan Instagram bakal mengikut jejak langkah WhatsApp dalam membendung penularan berita palsu dalam talian. Hal ini adalah kerana kedua-dua aplikasi ini berada dibawah syarikat induk yang sama iaitu Facebook. WhatsApp tempoh hari telah mengehadkan ciri forward message hanya kepada 5 kali sahaja.

We’ve noticed an uptick in posts about Instagram limiting the reach of your photos to 7% of your followers, and would love to clear this up.

— Instagram (@instagram) January 22, 2019

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY