WhatsApp Cuma Benarkan 5 Kali Pemanjangan Mesej Selepas Ini

WhatsApp menjadi salah satu platform penyebaran berita terpantas selain media sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Namun, perkara itu juga menjadikannya sebagai aplikasi penyebaran berita palsu yang popular.

Mengetahui hakikat berkenaan, pengelolanya, Facebook telah mengambil keputusan untuk mengehadkan pemanjangan mesej kepada 5 kali sahaja.

Kapsyen: WhatsApp


Had pemanjangan sebelum ini adalah pada 20 kali selain meletakkan tanda pada setiap mesej yang dipanjangkan.

Perkembangan terbaru ini adalah amat baik dan sesuai memandangkan penyebaran berita palsu yang tidak terkawal mungkin akan memberi kesan negatif kepada pihak yang tidak bersalah.

Pengguna dijangka akan menerima ciri baru ini melalui kemaskini aplikasi secara berperingkat.

 

Sumber: CNBC