Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Mengubah Algoritma Supaya Fokus Kiriman Yang Terbaru

Instagram Mengubah Algoritma Supaya Fokus Kiriman Yang Terbaru

Diterbitkan Mac 23, 2018 oleh Wiser MY

Pihak Instagram pada hari ini mengumumkan yang mereka akan membuat beberapa perubahan kedalam algoritma Instagram feed bagi menyelesaikan aduan pengguna mereka yang terganggu dengan sistem news feed mereka.

Aduan berkisar tentang pengguna seringkali melihat kiriman lama yang berusia beberapa hari oleh pengguna lain kerap hadir di dalam news feed mereka.

Instagram pada mulanya menggunakan sistem kronologi untuk news feed mereka, memaparkan kiriman terbaru di bahagian atas sekali. Syarikat itu kemudian telah menukar sistem tersebut pada bulan Jun 2016 dan memaparkan kiriman berdasarkan perkaitan.

Mulai hari ini, Instagram merancang untuk memfokuskan kiriman yang terbaru yang berbeza sedikit dengan sistem kronologi sebelum ini. Instagram menjanjikan yang penggunanya tidak akan terlepas kiriman teman-teman rapat mereka apabila mereka bangun dari tidur.

Mereka juga akan menutup fungsi yang membuatkan Instagram feed refresh secara automatik. Sebaliknya, Instagram akan mencuba butang baru dipanggil ‘New Posts’  yang memberi pilihan kepada pengguna untuk refresh feed mereka.

Perubahan tersebut akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya pada beberapa bulan akan datang.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY