Kebanyakkan daripada kita pasti akan mempunyai beberapa orang rakan yang suka membuat kiriman yang banyak dalam masa satu hari sehingga menyebabkan rasa kurang selesa untuk melayari laman Instagram.
Oleh kerana takut untuk menyinggung perasaan rakan sekiranya kita unfollow akaun mereka, kita terpaksa mendiamkan. Dengan adanya fungsi mute ini, ia seolah-olah anda unfollow akaun rakan tersebut tanpa diketahui oleh mereka.
Kredit : The Verge
Untuk menggunakan fungsi ini, anda cuma perlu lawati mana-mana kiriman akaun yang ingin disenyapkan, klik pada ikon tiga titik pada bucu atas gambar dan pilih 'Mute'. Anda juga akan diberi pilihan untuk senyapkan kiriman biasa sahaja atau pun turut senyapkan kiriman Stories juga.
Dan seperti laman sosial yang lain, anda juga bebas untuk unmute sebarang akaun pada bila-bila masa. Fungsi ini sedang diperkenalkan dalam kemaskini terbaru yang akan disediakan secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram di seluruh dunia.
Sumber
Berkaitan
- Instagram Dilapor Bakal Benarkan Kiriman Video Dengan Durasi Sehingga Satu Jam
- Kerjasama Terbaru Spotify dan Instagram Membolehkan Pengguna Berkongsi Lagu Menerusi Instagram Stories
- Facebook Stories Tidak Mendapat Sambutan, Jadi Facebook Pinjam Instagram Stories
- Akhirnya Anda Boleh Simpan Gambar Draft Di Instagram
- Penggabungan Sistem Permesejan FB Messenger, Instagram & WhatsApp Mungkin Ditangguhkan Sehingga 2020
- Pengasas Instagram Dilapor Letak Jawatan, Bakal Tinggalkan Facebook
- 5 Applikasi Yang Boleh Buat Instagram Anda Lebih Gempak
- Instagram Telah Mencapai 1 Bilion Muat Turun di Google Play
- Kemas Kini Terbaharu Instagram: Tambahan Lagu Pada Perkongsian Instagram Stories
- WhatsApp, Facebook & Instagram Bermasalah, Masih Lagi Belum Selesai Sepenuhnya