Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Akan Tambah Lebih Banyak Iklan, Termasuk Di Suapan Profil

Instagram Akan Tambah Lebih Banyak Iklan, Termasuk Di Suapan Profil

Diterbitkan Oktober 5, 2022 oleh Amalina Athman

Meta kini mengumumkan lebih banyak iklan akan mula dipaparkan dalam suapan Instagram (Instagram feed) tidak lama lagi. Dengan perubahan itu nanti, pengiklan kini boleh meletakkan iklan di halaman utama Explore dan suapan profil (profile feed).

Di pihak pengguna, iklan akan dipaparkan terus pada halaman utama Explore. Ini bermakna, sebaik sahaja tab Explore ditekan, paparan iklan akan terus muncul dengan serta-merta, walaupun tidak melihat mana-mana gambar, video atau menatal ke bawah.

Instagram Akan Tambah Lebih Banyak Iklan, Termasuk Di Suapan Profil

Untuk slot iklan kedua, dan mungkin yang paling ketara, Instagram menambah iklan ke suapan profil. Sebelum ini, jika melihat profil seseorang, pengguna boleh menatal suapan di profil itu tanpa sebarang paparan iklan.

Namun, Instagram kini akan mengubahnya. Dalam erti kata lain, apabila melihat profil seseorang, pengguna juga akan melihat beberapa iklan melaluinya.

Berkaitan

  • Instagram Muhasabah Diri Selepas Dikecam Gigih Tiru TikTok, Henti Sementara Beberapa Ciri
  • Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram
  • Instagram Dalam Diam Akui Mereka Ketinggalan Dibelakang TikTok Dan YouTube

Instagram menyatakan pihaknya juga akan bereksperimen dengan peluang kewangan yang membolehkan pencipta kandungan menambah pendapatan daripada iklan yang dipaparkan pada profil mereka, bermula dengan pencipta kandungan terpilih di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Meta telah pun menerima pelbagai reaksi negatif dengan pengalaman penggunaan aplikasi yang semakin tidak kemas ditawarkan oleh Instagram sejak kebelakangan ini. Antaranya termasuk aduan mengenai kekerapan suggested post di suapan, Reels dan bilangan iklan dalam aplikasi.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY