Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram

Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram

Diterbitkan September 1, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan The Verge, Meta telah menubuhkan organisasi baharu untuk mengenal pasti dan membina “kemungkinan ciri berbayar” di Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Penubuhan organisasi baharu itu merupakan antara usaha Meta untuk membangunkan ciri berbayar merentas ketiga-tiga aplikasi sosial utamanya, yang mempunyai berbilion pengguna.

Dikhabarkan, keputusan itu diambil selepas perniagaan iklan Meta terjejas teruk berikutan perubahan penjejakan iklan Apple pada iOS dan penarikan balik yang lebih meluas dalam perbelanjaan iklan digital.

Berkaitan

  • Meta Perkenal 2 Ciri Baharu Di Facebook, Sudah Tersedia Untuk Sebahagian Pengguna
  • Hati-Hati, Meta Jumpa Jalan Untuk Kumpul Data Pengguna Tanpa Lalui 'Ask App Not To Track'

Dalam satu temu bual, wakil Meta mengatakan syarikat itu masih komited untuk mengembangkan perniagaan iklannya dan tidak bercadang untuk membenarkan orang ramai membayar bagi mematikan iklan dalam aplikasinya, seperti yang dilakukan sesetengah aplikasi lain.

Sebaliknya, mereka lebih melihat kepada peluang bagi menghasilkan jenis produk, ciri dan pengalaman baharu yang membuatkan pengguna sanggup membayar untuk menggunakannya. Bagaimanapun, pihaknya enggan mengulas mengenai ciri berbayar yang sedang dipertimbangkan.

Untuk rekod, Meta bukanlah satu-satunya aplikasi yang terdorong untuk menawarkan ciri berbayar. TikTok mula menguji langganan berbayar untuk pencipta kandungan pada awal tahun ini, Twitter juga sudah mempunyai ciri berbayar seperti Super Follows. Begitu juga Telegram dan Snapchat yang menambah ciri berbayar bagi mendapat akses kepada ciri tambahan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY