Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Akan Rasmikan Hab Video Durasi Panjang Mereka 20 Jun Ini

Instagram Akan Rasmikan Hab Video Durasi Panjang Mereka 20 Jun Ini

Diterbitkan Jun 12, 2018 oleh Haikel Areff

Pada minggu lepas, Instagram telah mengumumkan mereka akan membenarkan kiriman video dengan durasi sehingga satu jam pada laman sosial mereka pada masa terdekat. Berikutan dengan perkara berkenaan, mereka hari ini telah mengesahkan akan mengadakan satu acara merasmikan hab video khusus untuk video berdurasi panjang pada 20 Jun ini.

Instagram sebelum ini hanya membenarkan pengguna mereka memuatnaik video berdurasi 15 saat pada laman suapan pertama dan 60 saat pada Instagram Stories. Bagi hab video terbaru ini pula, Instagram telah bekerjasama dengan beberapa penerbit bagi membekalkan kandungan video yang dapat menjana pendapatan kepada mereka.

Instagram Kini Telah Mencecah 600 Juta Pengguna

Pengirim video juga akan dibenarkan untuk menambah pautan pada penghujung video bagi membawa penonton ke laman mereka sendiri. Dengan kejayaan Instagram mencapai sejumlah hampir satu billion pengguna, penerbit semestinya akan tertarik untuk membekalkan kandungan mereka di laman perkongsian media popular berkenaan.

Pihak Instagram melihat perkara ini sebagai peluang terbaik mereka untuk merapatkan jurang penstriman video antara mereka dan Youtube pada masa hadapan. Jadi, sama-sama kita 20 Jun ini untuk menilai prestasi hab video terbaru dari Instagram ini.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY