Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Akan Memainkan Semua Video Dengan Bunyi Sebaik Sahaja Ia Ditetapkan

Instagram Akan Memainkan Semua Video Dengan Bunyi Sebaik Sahaja Ia Ditetapkan

Diterbitkan September 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Fungsi autoplay yang dihadirkan pada Instagram telah menjadikan aplikasi tersebut lebih mudah digunakan pengguna kerana video akan bermain secara automatik dan ia ditetapkan tanpa bunyi secara lalai (default).

Sebelum ini, setiap video autoplay di Instagram dimainkan secara tanpa bunyi dan pengguna perlu mengaktifkan butang berbentuk speaker di penjuru bawah kiri untuk mendengar audio.

Memetik laporan dari Tech Crunch, platform perkongsian gambar popular itu sudah mengesahkan bahawa mereka telah mengemaskini fungsi video autoplay supaya pengguna lebih mudah untuk menghidupkan serta mematikan audio.

Melalui kemaskini baru itu, setiap video autoplay akan dimainkan tanpa bunyi seperti biasa. Tetapi apabila anda menghidupkan audio untuk sesuatu video, video yang menyusul selepas itu akan ditetapkan dengan audio secara automatik.

Ini bermakna anda tidak perlu berulang kali menekan simbol speaker hanya untuk mengaktifkan audio. Tetapan ini akan kembali kepada tetapan lalai(tanpa bunyi) apabila anda menutup aplikasi Instagram.

Mungkin ada pengguna yang tidak akan menyukai pembaharuan ini kerana, sesetengah video mempunyai audio yang kurang enak didengar lebih-lebih lagi jika ia terpasang secara automatik dikelilingi orang awam lain seperti contoh di dalam LRT.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY