Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Gambar Yang Memenangi iPhone Photography Awards 2018

Inilah Gambar Yang Memenangi iPhone Photography Awards 2018

Diterbitkan Julai 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

iPhone Photography Awards 2018 sudah melangkau usia 11 tahun sejak ia pertama kali diadakan pada 2007 dahulu. Saban tahun, banyak gambar-gambar menarik dihantar dengan harapan dapat memenangi pertandingan tersebut.

Hanya berbekalkan kamera iPhone dari pelbagai model, kemahiran bermain dengan sudut dan sedikit suntingan daripada aplikasi seperti VSCO dan Lightroom, gambar-gambar yang dihasilkan sudah cukup untuk membuatkan orang ramai terpegun.

Bagi edisi kali ini, hadiah utama dimenangi foto “Displaced” yang menunjukkan kanak-kanak Rohingya sedang menonton filem tentang kesedaran kesihatan di kem pelarian Tangkhali, Bangladesh. Ia diambil oleh Jashim Salam menggunakan iPhone 7.

Inilah Gambar Yang Memenangi iPhone Photography Awards 2018

Tempat pertama pula dimenangi jurugambar dari Switzerland, Alexander Weber, dengan gambar seorang wanita yang mengenakan pakaian tradisional Brazil, Baiana. Gambar diambil secara spontan menggunakan iPhone 6s ketika wanita itu sedang berehat sambil memandang kenderaan yang lalu.Inilah Gambar Yang Memenangi iPhone Photography Awards 2018

Tangga kedua pula dihuni jurugambar dari China, Huapeng Zhao. zBertajuk Eye to eye, ia memperlihatkan seorang kanak-kanak meletakkan ikan yang ditangkap dimata kanannya. Foto ini dirakam melalui kamera iPhone 6.

Processed with VSCO with b5 preset

Foto ketiga diambil dari sebuah perkampungan di Yangon, Myanmar dengan tajuk “I want to play”. Sekumpulan kanak-kanak riang bermain bola sepak sambil diperhatikan kanak-kanak kurang upaya dan gambar ini diambil menggunakan iPhone 7 Plus oleh Zarni Myo Win.Inilah Gambar Yang Memenangi iPhone Photography Awards 2018

Sumber: IPPAWARDS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY