Tidak lama selepas Microsoft mengumumkan sistem operasi terbaru Windows 11 kepada umum, Syarikat pengeluar perkakasan komputer BIOSTAR telah menyenaraikan model-model papan litar komputer (motherboard) mereka yang tersedia menyokong sistem operasi tersebut.
Berikut adalah senarai papan litar BIOSTAR dengan cip pemprosesan Intel dan AMD yang menyokong Windows 11:-
Intel Series
- Z590 series
- B560 series
- B460 series
- H510 series
- B250 series
- J4105NHU
AMD Series
- A520 series
- B550 series
- X570 series
- B450 series
- X470 series
- X370 series
- B350 series
- A320 series
Seperti semua sedia maklum, Microsoft telah menaikkan keperluan minimum yang diperlukan oleh komputer bagi menjalakan Windows 11.
Antaranya adalah perlunya ada ciri Secure Boot, Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0 dan akaun Microsoft.
Bagi memudahkan anda menyemak sama ada komputer yang digunakan sekarang ini boleh menjalankan sistem Windws 11 ataupun tidak, anda bolehlah memasang aplikasi PC Health Check app ke dalam komputer tersebut dan gunakannya bagi mengimbas dan menyemak adakah perkakasan komputer anda itu memenuhi keperluan minimum yang diperlukan.
Sumber: Wccftech
Baca juga: Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11