Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Microsoft telah pun mengumumkan generasi terbaru sistem operasi komputer mereka iaitu Windows 11.

Microsoft juga turut menyenaraikan keperluan minimum yang diperlukan sesebuah komputer bagi menjalankan sistem Windows 11.

Walaubagaimanapun, mungkin terdapat kekeliruan tentang keperluan komputer yang mesti dilengkapi dengan ciri Trusted Platform Module (TPM) 2.0.

Kapsyen: Keperluan minimum yang diperlukan komputer bagi menjalankan Windows 11 seperti yang dinyatakan Microsoft.

Trusted Platform Module (TPM) 2.0.


Secara ringkasnya, Trusted Platform Module (TPM) 2.0 adalah cip keselamatan yang tersedia ada di atas papan litar utama (motherboard) sesebuah komputer.

Atau TPM 2.0 juga dimasukkan secara berasingan ke dalam cip pemprosesan utama (CPU).

Kapsyen: Kredit" Microsoft


Microsoft menjelaskan, TPM 2.0 adalah ciri keselamatan tambahan yang dipertingkatkan bagi melindungi komputer pengguna.

Ia membantu melindungi pelbagai data sensitif penggunanya daripada serangan penggodam.

"TPM purpose is to help protect encryption keys, user credentials, and other sensitive data behind a hardware barrier so that malware and attackers can’t access or tamper with that data." Microsoft.

Jadi, jenama-jenama komputer yang mengeluarkan pelbagai model komputer terbaru sepatutnya telah tersedia dilengkapi dengan cip TPM 2.0 di dalamnya.

Antaranya adalah seperti komputer dari Acer, Asus, Dell, HP, Lenovo, Panasonic dan banyak lagi.

ASUS


Asus telah memaklumkan bahawa semua model komputer mereka yang menyokong Windows 10 akan turut menyokong Windows 11.

Antaranya termasuklah barisan model ASUS Zenbook, Zenbook Pro, ProArt Studiobook, Vivobook, ROG Zephyrus/Strix/TUF, Zen AiO, ASUS VivoAiO, Mini PC, ExpertBook dan banyak lagi.

Untuk melihat senarai penuh model-model komputer ASUS yang akan menerima Windows 11, anda boleh ke laman rasmi ASUS.com.

Dell


Dell juga telah menyenaraikan model-model komputer mereka yang akan menyokong Windows 11. Antara yang disenaraikan termasuklah model dari Alienware Area-51, Alienware Aurora, Dell G7,G5/G3, Inspiron, XPS, Vostro, Latitude, Precision dan OptiPlex.

Untuk senarai penuh, anda boleh ke lamn rasmi sokongan Dell.com.

HP


Pengeluar komputer peribadi terkemuka, HP Inc. juga turut mengumumkan barisan model komputer mereka yang menyokong Windows 11.

Antaranya adalah model HP Spectre, HP ENVY, HP Pavilion, OMEN, Victus, HP Elite dan HP Pro serta HP ZBook Studio.

Kesimpulannya, mana-mana model komputer terbaru dari sebarang jenama akan menyokong Windows 11.

Di laman rasmi Microsoft, mereka menyenaraikan sebanyak 10 jenama komputer untuk anda menyemak status sama ada model-model komputer dari jenama tersebut menyokong Windows 11 ataupun tidak.

Tetapi sekiranya anda masih ragu-ragu dan untuk memudahkan anda, anda bolehlah memasang aplikasi PC Health Check app ke dalam komputer anda bagi mengimbas dan menyemak adakah perkakasan komputer anda itu memenuhi keperluan minimum yang membolehkan ia menjalankan sistem Windows 11 atau pun tidak.



Sumber: Microsoft

Baca juga: Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya