Ini Senarai Harga Baru Bagi Penukaran Bateri iPhone Selepas Tamat Tempoh Promosi

Selepas dikecam teruk apabila didakwa sengaja menurunkan prestasi iPhone yan mempunyai bateri dengan tahap kesihatan rendah pada hujung 2017, Apple telah menawarkan pakej pertukaran bateri dengan harga istimewa sepanjang tahun lalu.

Di sini, Apple Malaysia telah menawarkan penukaran bateri dengan cas hanya RM 121 bagi model iPhone 6 sehingga iPhone X dari Januari hingga Disember tahun lalu. Penukaran boleh dibuat di cawangan pengedar Apple yang diiktiraf seperti cawangan Switch dan Machines.

Bagaimanapun, promosi tersebut telah pun melabuhkan tirainya pada 31 Disember lalu dan penukaran bateri iPhone kini kembali kepada harga asal. Harga yang dikenakan oleh pihak Apple adalah seperti berikut:

Kapsyen: Machines Malaysia


Harga penukaran bateri dari model iPhone SE hinggalah iPhone 8 Plus ialah sama iaitu pada RM 339, manakala iPhone X dan tiga model iPhone 2018 pula memerlukan belanja sebesar RM 459 untuk menukar bateri peranti.

Melihat kepada harga baru ini, pastinya ramai pengguna iPhone yang terlepas peluang untuk menukar bateri pada tempoh promosi berkenaan berasa amat rugi dan menyesal.

 

Sumber: Machines Malaysia