Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
27766-41968-27748-41915-180921-iPhonesXS-l-l (1)

Jualan iPhone Kurang Memberangsangkan, Pembekal Terpaksa Buang Pekerja

Diterbitkan Januari 19, 2019 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita ketahui, jualan iPhone keluaran 2018 adalah kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Perkara itu bukan sahaja memberi kesan kepada Apple, malah kepada pembekal-pembekal mereka.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, salah satu pembekal terbesar iPhone, Foxconn terpaksa mengurang saiz tenaga kerja mereka akibat perkara berkenaan.

Dapatkan iPhone XS Max, iPhone XS Dan iPhone X Dengan Harga Lebih Murah
NDTV Gadgets

Mereka didakwa telah menghentikan kira-kira 50,000 pekerja dari kilang mereka di Zhengzhou,China sejak Oktober tahun lepas.

Syarikat itu sebelum ini akan memperbaharui kontrak pekerja mereka secara bulanan bermula Ogos hingga pertengahan Januari setiap tahun sehinggalah permintaan keluaran iPhone pada tahun tersebut mula perlahan.

Melihat kepada perkara ini, Apple mungkin perlu melakukan sesuatu pada keluaran iPhone mereka tahun ini bagi mendapatkan semula kepercayaan peminat.

 

Sumber: Nikkei Asian Review via Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY