Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 11 pro

Ini Mungkin Pembaharuan Yang Akan Dibawa Pada iPhone 11

Diterbitkan Ogos 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Apple sebelum ini dikhabarkan bakal memperkenalkan iPhone generasi seterusnya pada 10 September depan. Menjelang tarikh tersebut, sedikit demi sedikit informasi mengenai iPhone 11 mula kedengaran.

Antara perubahan serta penambahbaikan terbaru yang dibualkan adalah dari segi reka bentuk serta ciri yang akan dibawa peranti tersebut.

Menurut Max Weinbach dari XDA-Developers, Apple akan memberikan kemasan matt pada iPhone 11 yang memberikan pengalaman berbeza untuk pengguna berbanding generasi terdahulu selain logo Apple dibelakang dengan kilauan umpama pelangi. Beliau juga menjangkakan buat pertama kali setelah 12 tahun, Apple akan membuang perkataan “iPhone” pada panel belakang peranti.

Pada bahagian kamera pula, Filip Koroy (YouTube EverythingApplePro) pula menyatakan Apple akan menggunakan ketiga-tiga lensa untuk merakam data mod Potrait sementara rakaman 4K 30fps akan tersedia pada kamera sudut lebar 120 darjah yang eksklusif untuk model iPhone 11 Pro dan Pro Max.

Apple turut dikatakan akan memperkenalkan mesin pembelajaran bagi rakaman foto pada iPhone 11 melalui ciri yang dipanggil sebagai Siri Intelligence. Mikrofon juga akan dipertingkatkan untuk menambahbaik mutu stereo rakaman video.

Kedua-dua individu diatas juga meramal memori simpanan untuk iPhone 11 Pro akan bermula dari 128GB, 256GB dan 512GB. Ini memberi gambaran bahawa tiada lagi model dengan memori 64GB seperti model sebelumnya.

Tambah baik juga akan ditawarkan pada ciri FaceID dimana ia lebih pantas , anti-aliasi dipertingkatkan pada iPhone 11 untuk paparan yang lebih baik tetapi dikatakan belum lagi mampu menandingi paparan Samsung pada model Pro.

Perkhabaran ini masih belum rasmi dan kita perlu menantikan hari pelancaran untuk mengetahui adakah ia benar-benar hadir pada pertaruhan terbaru Apple kali ini.

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY