iPhone 11 Dijangka Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini

Berdasarkan info antaramuka versi beta iOS 13.


Apple hari ini telah melepaskan kemas kini beta iOS 13 versi ke-7 kepada pembangun. Apa yang menarik perhatian adalah pada aplikasi Calendar iOS, terpapar tarikh 10, hari Selasa pada aplikasi tersebut.

Kapsyen: Kredit: iHelp BR


Ia disedari oleh laman iHelp BR yang mula melaporkannya kepada umum hari ini. Sebelum ini laman CNET juga pernah meneka Apple bakal mengadakan acara rasmi mereka bagi perkenalkan model terbaru iPhone pada tarikh yang sama.

Kini hanya tinggal kurang sebulan dari tarikh tersebut, Apple dijangka akan mendedahkan tarikh sebenar acara mereka dalam masa terdekat ini.

iPhone 11 dikhabarkan akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Apple Bionic 13 yang lebih berkuasa serta iOS 13 yang menyokong ciri mod gelap serta ciri-ciri terbaru menarik yang lain.

Malah terdapat juga khabar angin yang mendakwa Apple akan perkenalkan model terbaru iPhone Pro tahun ini.

Sumber: Mac Rumors