Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Nyahaktifkan Fungsi Tombol Kuasa Pada Windows 10

Ini Mungkin Nama Baru Sistem Operasi Windows 11

Diterbitkan Jun 10, 2021 · Dikemas kini Jun 10, 2021 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Microsoft akan memperkenalkan versi terbaru sistem operasi komputer mereka pada 24 Jun ini.

Ramai menjangkakan versi Windows tersebut akan dikenali sebagai Windows 11, legasi kepada versi Windows 10 yang ditawarkan ketika ini.

Tetapi daripada pendedahan metadata deskripsi HTML di laman sesawang sokongan Microsoft mendapati ia ditulis sebagai Windows Sun Valley.

Tetapi mungkin selepas menyedari kesilapan mereka mendedahkan nama Windows tersebut, Microsoft telah memadam laman muka sokongan itu.

Baca juga: Windows Baharu Akan Diperlihatkan Pada 24 Jun Ini

Ini Mungkin Nama Baru Sistem Operasi Windows 11

Untuk pengetahuan anda, Sun Valley adalah kod nama yang digunakan Microsoft bagi sistem Windows terbaru yang akan diperkenalkan mereka nanti.

Tetapi jika benar Microsoft menggunakan kod nama itu sebagai nama rasmi bagi versi Windows terbaru nanti, ia akan mengikut langkah seperti Apple yang menamakan sistem operasi macOS seperti macOS Catalina, macOS Big Sur dan terbaru macOS Monterey.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY