Ini Merupakan Saiz MB Setiap Minit Rakaman Video 8K Samsung Galaxy S20

Galaxy S20, Galaxy S20+ dan S20 Ultra menyokong fungsi rakaman sehingga 8K. Saiz resolusi ini sangat besar sehinggakan pengguna boleh mengeluarkan gambar 33MP dari video itu.

Dengan saiz ini, ia menimbulkan pertanyaan kepada kebanyakan pengguna. Berapa banyakkah storan yang diambil oleh video rakaman 8K ini setiap minit?

Menurut Samsung, satu minit video 8K pada Galaxy S20 akan mengambil ruang storan sekitar 600MB. Dibandingkan dengan Galaxy S10+ yang merakam pada resolusi 4K, ia mengambil ruang 340 ke 350 MB.

Walau pun video 8K mempunyai 4 kali ganda bilangan pixel berbanding 4k, ruang yang digunakan hanyalah 600MB setiap minit sahaja. Dengan rakaman video 8K, peranti memerlukan kuasa pemprosesan yang banyak, jadi sebab itulah Samsung hanya mengehadkan rakaman 8K maksimum 5 minit sahaja.

Pada Galaxy S20, rakaman 8K adalah maksimum 30 fps, dan tidak mampu lagi mencapai 8K 60fps. Ini merupakan limitasi kuasa cip pemprosesan mudah alih sekarang dan mungkin beberapa tahun akan datang kuasa merakam video akan lebih tinggi dengan cip yang lebih berkuasa.

Sumber: SamMobile