OPPO Reno 10x Zoom Edition telah dijadualkan pelancarannya pada 27 Mei ini untuk pasaran tanah air. Tampil menarik dengan kamera hadapan terangkat rekaan "sirip jerung", ia dihuni lensa 16MP untuk rakaman swafoto. Memperkuatkan lagi spesifikasi adalah tiga kamera belakang gabungan lensa 48MP (f/1.7)+13MP (f/3.0)+8MP (f/2.2).
Menarik mengenai OPPO Reno 10x Zoom Edition ialah ia mempunyai sokongan zoom 10x lossless serta keupayaan 60x zoom digital, melebihi Huawei P30 Pro (50x zoom).
Demo 1:
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Ev8slmSuAG4&feature=youtu.be[/embed]
Demo 2:
[embed]https://youtu.be/eNJVJ07LhBQ[/embed]
Kebolehan zoom ini diperolehi melalui modul lensa periskop dengan jarak focal 16-60mm ditambah pula dengan Penstabilan Imej Optikal bagi mengurangkan gegaran ciri zoom digunakan.
Spesifikasi lain yang boleh didapati pada peranti ini adalah paparan AMOLED 6.65 inci, Snapdragon 855 serta dijana melalui bateri 4065mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0. Seperti disebutkan diatas, ia akan muncul rasmi di Malaysia pada 27 Mei ini.
Setelah melihat kemampuan kamera OPPO Reno 10x zoom edition ini, adakah bercadang untuk memilikinya? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.
Berkaitan
- Nikmati Promosi Menarik Sempena Pembukaan Kedai Konsep OPPO Di Aeon Tebrau City Johor Bahru
- Open Signal Keluarkan Keputusan Ujian Strim Video, Malaysia Berada 10 Terbawah
- HONOR View20 Diperkenalkan Secara Global Di Paris - Harga Untuk Pasaran Malaysia Juga Didedahkan
- Black Shark 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini
- Siri OPPO Reno2 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1599
- Harga Vivo V7+ Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan
- Tablet Dan Laptop Baharu Huawei Masuk Malaysia 27 Julai Ini
- OPPO F9 Warna Ungu Berlian Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
- Telefon Pintar Dengan Ciri Projektor Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Cyberjaya Dan Putrajaya Akan Terima Kemudahan Teknologi 5G, Bakal Jadi Bandaraya Pintar Pertama Di Malaysia