Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (70)

WhatsApp Beta Kini Boleh Sorok Paparan “Locked Chat”

Diterbitkan November 15, 2023 oleh Muhd Idham

Sebelum ini, kami ada membuat panduan untuk mengunci perbualan anda dengan orang lain di aplikasi WhatsApp.

Kali ini, kami ingin memberitahu bahawa pengguna WhatsApp beta kini telah menerima kemas kini terbaru yang akan memuaskan pelbagai pihak.

Sejak WhatsApp mengambil serius terhadap keselamatan data dan privasi pengguna mereka, mereka telah menerbitkan ciri baharu yang hanya boleh diakses oleh pengguna WhatsApp beta sahaja buat masa sekarang.

Ciri itu berperanan untuk menyembunyikan perbualan yang telah dikunci dengan menggunakan kod rahsia.

WhatsApp Beta Kini Boleh Sorok Paparan “Locked Chat”

Ciri itu telah tersedia dalam versi 2.23.24.20 aplikasi WhatsApp beta dan boleh diakses dalam bahagian terbaru tetapan “Chat Lock” yang baru ditambah pada tetapan WhatsApp beta.

Dengan ini, anda boleh sembunyikan kenyataan bahawa anda ada mengunci beberapa perbualan apabila orang lain melihat paparan WhatsApp anda.

WhatsApp Beta Kini Boleh Sorok Paparan “Locked Chat”

Berdasarkan pada gambar dari WhatsApp beta di atas, jika anda menghidupkan togol “Hide Locked Chats” dan tetapkan kod rahsia untuknya, anda perlu menaip kod rahsia itu di bar carian untuk mengaksesnya kembali.

Manakala, anda hanya perlu menaip nombor PIN peranti anda di bar carian jika anda hanya menggunakan togol “Hide Locked Chats” sahaja.

Jika anda pengguna WhatsApp beta, anda boleh muat turun kemas kini terbaru ini di Google Play Store.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Pengguna Kini Boleh Padam Akaun Threads Dan Instagram Secara Berasingan
  • WhatsApp Perkenal Ciri 'Voice Chat' Seakan Discord
  • 'Backup' WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY