Tahukah anda bahawa anda boleh membuat panggilan telefon menerusi sambungan Wi-Fi dengan telefon pintar Android atau iPhone anda?
Apabila panggilan melalui Wi-Fi ditetapkan, telefon anda secara automatik akan membandingkan kekuatan rangkaian selular yang anda gunakan dengan sambungan Wi-Fi yang ada.
Sekiranya didapati liputan selular anda lemah, telefon anda akan beralih kepada sambungan Wi-Fi yang lebih baik untuk anda membuat dan menerima panggilan melalui Wi-Fi menggunakan nombor mudah alih sedia ada.
Kebiasaannya anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan untuk perkhidmatan ini.
Secara umumnya, berikut adalah cara menetapkan telefon pintar iPhone bagi menggunakan ciri panggilan melalui WiFi:-
1. Pergi ke Settings, pilih Phone dan tekan pada Wi-Fi Calling.
2. Aktifkan tetapan Wi-Fi Calling.

Berikut pula adalah cara menetapkan telefon pintar Android anda bagi menggunakan ciri panggilan melalui WiFi:-
1. Buka Settings, pilih Connections dan tekan Wi-Fi Calling.
2. Pastikan tetapan panggilan adalah Wi-Fi Preferred untuk membuat atau menerima panggilan menerusi Wi-Fi Calling.

Anda boleh mengetahui sama ada panggilan yang anda buat atau terima itu melalui rangkaian selular atau Wi-Fi Calling dengan melihat ikon yang dipaparkan seperti contoh di bawah.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang ciri panggilan melalui Wi-Fi ini dari penyedia perkhidmatan rangkaian yang anda gunakan.




