Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google apps on Android phone

Ini Cara Sembunyikan Aplikasi Dalam Telefon Pintar Android

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh ariff bukhari

Di dalam telefon pintar Android dilengkapi dengan ciri yang membolehkan anda menyembunyikan sesebuah aplikasi berbanding  terpaksa membuangnya.

Cuma cara untuk menyembunyikan aplikasi di dalam peranti Android adalah sedikit berbeza bergantung kepada model peranti.

Sebagai contoh untuk telefon pintar Samsung, tetapan bagi menyembunyikan aplikasi boleh diakses terus melalui app drawer.

Kemudian tap pada ikon titik 3 di ruang search dan pilih Settings.

hide app 1

Seterusnya tap pada pilihan Hide apps. Kemudian anda bolehlah memilih aplikasi yang ingin disembunyikan.

hide app 2
Semb unyikan aplikasi di dalam telefon pintar Samsung juga boleh diakses melalui Settings > Home Screen > Hide apps.

Cara sembunyikan aplikasi untuk telefon pintar Android Asus ROG juga adalah lebih kurang sama dengan cara telefon pintar Samsung.

Berikut adalah cara menyembunyikan aplikasi untuk telefon pintar Android Asus ROG.

Buka app drawer, tap pada ikon titik 3 di ruang Search for an app dan tap pada pilihan Preferences.

ASUS ROG HIDE APP

Seterusnya tap sahaja pada pilihan Hide apps.

ASUS ROG HIDE APP 2

Untuk model telefon pintar Android lain pula seperti Oppo dan Xiaomi, ciri sembunyikan aplikasi boleh diakses di bahagian Security atau Privacy.

Atau

Oppo Hide App
Tetapan sembunyikan aplikasi dalam telefon pintar Oppo boleh diakses melalui Settings > Privacy > Hide apps.

Atau anda boleh sahaja buat carian Hidden app di bahagian Settings telefon pintar Android untuk memudahkan anda mengakses tetapan sembunyikan aplikasi dalam telefon pintar Android anda.

Hide App

Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY