Sebagai tambahan kepada 117 emoji baharu tersebut, lebih daripada 2000 emoji yang ada sebelumnya telah dikemaskini rekaan dalam Android 11. Menurut Emojipedia, ia merupakan kemaskini emoji dengan skala yang besar sejak Android 8.0 pada 2017.
Sehingga kini, kemaskini Android 11 telah tersedia dalam bilangan yang kecil untuk pengguna Pixel 2 ke atas. Menurut Google, kemas kini juga akan dilepaskan kepada peranti OnePlus, Xiaomi, OPPO dan realme dengan peranti lain-lain akan menyusul dalam beberapa bulan akan datang melalui kemas kini berterusan.
Dalam pada itu, Emojipedia turut menyatakan kemas kini emoji tersebut tidak tersedia untuk peranti Samsung. Ini kerana Samsung mempunyai set emoji sendiri yang dikemaskini pada jadual yang berasingan untuk kemas kini emoji Android. Ianya sama seperti aplikasi Twitter, WhatsApp, atau Facebook yang menggunakan rekaan emoji masing-masing.
Sumber: Emojipedia
Berkaitan
- Hanya Kamera Terbina Yang Boleh Digunakan Pada Android 11
- Pelancaran Siri Xiaomi 13 Di China Dijadual Semula Pada 11 Disember
- Pengguna OnePlus Akan Terima Android 14 Bermula 25 September
- Cara 'Mute' Video Yang Ingin Dikongsi Pada Aplikasi WhatsApp Untuk Peranti Android
- Pemindahan eSIM Antara Peranti Android Kelak Akan Jadi Lebih Mudah
- Pengguna Android Mula Terima Kemaskini Google Translate Dengan Mod Transkripsi Masa Nyata
- realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule
- YouTube Music Kini Hadir Dengan Lirik Pada Semua Peranti iOS Dan Android
- Google Meet Kini Tersedia Sepenuhnya Untuk Gmail Bagi Peranti Android
- Kemaskini Android 11 Secara Global Mula Dilepaskan Untuk POCO F2 Pro