Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemindahan eSIM Antara Peranti Android Kelak Akan Jadi Lebih Mudah

Pemindahan eSIM Antara Peranti Android Kelak Akan Jadi Lebih Mudah

Diterbitkan Januari 12, 2023 ยท Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Amalina Athman

Google kini dilaporkan dalam usaha untuk memudahkan pemindahan eSIM antara peranti Android pada masa akan datang.

Berkaitan

  • 7 Ciri 'Best' Pada Android 13 Yang Jadikan Android Lain Nampak Lapuk
  • Navigasi Google Maps Pada Wear OS Kini Boleh Digunakan Tanpa Telefon

Ketika ini, Android tidak membenarkan pengguna memindahkan profil eSIM dari satu telefon ke telefon yang lain. Berikutan itu, ia perlu melalui proses di mana pengguna perlu menyahaktifkan profil eSIM pada telefon lama dan mengaktifkannya pada telefon baharu. Lebih sukar, pengguna mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan terlebih dahulu untuk mengaktifkan eSIM pada telefon baharu.

Sebaliknya, iOS lebih memudahkan pengguna melalui ciri Quick Transfer yang membolehkan pemindahan SIM fizikal atau eSIM daripada peranti lama ke peranti baharu tanpa perlu menghubungi penyedia perkhidmatan. Mengambil inspirasi daripada ciri iOS ini, Google kini dilaporkan sedang berusaha untuk membawa fungsi serupa kepada Android.

Menurut Mishaal Rahman, Android 13 QPR2 Beta 2 didatangkan dengan sistem baharu yang dipanggil sebagai ‘euicc.seamless_transfer_enabled_in_non_qs’. Melaluinya, ia dijangka membolehkan pengguna Android memindahkan profil eSIM daripada telefon lama ke telefon baharu dengan lebih mudah dan lancar.

Sebagai tambahan, ia mungkin membenarkan pengguna menukar kad SIM fizikal pada telefon lama kepada eSIM pada telefon baharu.

You might soon be able to transfer an eSIM profile from an old Android phone to a new phone, or convert a profile on a physical SIM card into an eSIM profile. Support for transferring profiles is being implemented in Google's SIM Manager app the LPA on Pixel and many GMS devices.

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) January 9, 2023

Selanjutnya, Rahman mendedahkan bahawa Google sedang melaksanakan ciri tersebut dalam aplikasi SIM Manager pada peranti Pixel dan beberapa telefon lain yang dihantar dengan Google Mobile Services. Barisan Google Pixel mungkin akan menyokong pemindahan profil eSIM dan menukar SIM fizikal kepada profil eSIM.

Sementara itu, peranti daripada OEM lain juga akan mendapat sokongan untuk pemindahan profil eSIM, tetapi keupayaan untuk menukar SIM fizikal kepada profil eSIM mungkin terhad kepada hanya beberapa model.

Buat masa ini, masih belum jelas bila Google merancang untuk mengeluarkan ciri tersebut.

Sumber: XDA-Developers

Gambar utama: Mobile Syrup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY