Hanya Kamera Terbina Yang Boleh Digunakan Pada Android 11

Android 11 dilengkapi dengan pelbagai kemas kini yang lebih baik. Namun, nampaknya Android 11 turut membawakan perkhabaran yang mungkin tidak menggembirakan ramai pengguna.

Dengan kemas kini ke Android 11, pengguna tidak lagi dibenarkan untuk memilih aplikasi kamera pihak ketiga secara default. Google turut mengesahkannya melalui Issue Tracker.

Ini bermakna, Android 11 secara automatik akan memaksa pengguna untuk membuka aplikasi kamera yang telah terpasang apabila menggunakan aplikasi yang memerlukan rakaman gambar atau video tetapi tidak mempunyai kamera terbina. Penggunaan GCAM bagi menggantikan kamera sedia ada juga mungkin tidak akan berfungsi sepenuhnya dan menjadi sukar.

Bagaimanapun, penggunaan kamera aplikasi masih dibenarkan jika ia mempunyai kamera terbina sendiri seperti Instagram dan Twitter.

kamera terpasang android 11

Buat masa ini, pintasan hardware seperti butang kuasa double-tap masih membenarkan pengguna memilih kamera aplikasi secara default. Belum diketahui jika ia akan dikekalkan atau sebaliknya. Menurut Google Issue Tracker,

"....we believe it's the right trade-off to protect the privacy and security of our users."

Google menyatakan perubahan ini adalah berkaitan privasi dan keselamatan pengguna, namun tidak diulas dengan lebih lanjut mengenainya. Kemungkinan ia adalah berkaitan beberapa aplikasi yang menyalahgunakan fungsi tersebut.

Dalam pada itu, Android 11 dijangka akan dilancarkan pada 8 September ini.

KEMASKINI: https://wiser.my/isu-kamera-pihak-ketiga-pada-android-11-adalah-untuk-lindungi-privasi-pengguna/

Sumber: 9to5Google