Ini Adalah Salah Satu Teknik Phishing Yang Anda Perlu Peka

Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan akaun Twitter yang menyamar sebagai @myJAKIM telah digantung oleh pihak Twitter.



Ini berikutan, akaun tersebut didapati cuba menyamar sebagai JAKIM dengan memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

Bercakap mengenainya, anda mungkin tidak perasan salah satu teknik phishing atau pancingan data yang digunakan oleh penipu internet (scammer).

Teknik phishing oleh scammer yang perlu anda peka


Menurut perkongsian dari pemilik akaun Twitter @kimmohito, terdapat satu kes dimana e-mel phishing yang digunakan oleh scammer adalah sama seperti e-mel yang dihantar oleh akaun rasmi Paypal.



Hakikatnya, huruf 'L' dalam e-mel phishing tersebut adalah huruf 'i' yang dibesarkan. Perkara ini adalah hampir sama dalam isu yang berlaku pada akaun palsu @myJAKIM.

Untuk lebih memahami, Paypal dan PaypaI dilihat sebagai perkataan yang sama jika anda menggunakan jenis tulisan Arial. Namun, kedua-dua perkataan ini membawa sebutan dan ejaan yang berbeza.

teknik phishing

Oleh kerana itu, cmd (Command Prompt) dan Notepad pada desktop menggunakan jenis tulisan Consolas sebagai default bagi tujuan membezakan antara huruf L dan I. Jenis tulisan ini juga meletakkan tanda palang pada nombor 0 bagi membezakan huruf O dan sebagainya.

https://twitter.com/kimmohito/status/1309019856407322624

Mungkin ada yang melihat hal ini sebagai perkara remeh, namun ianya memberi impak yang besar apabila anda tidak peka mengenainya. Anda mungkin akan berhadapan dengan serangan pancingan data dan sebagainya.

Jadi bagaimana mahu membezakan perkataan tersebut?


Anda boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang mempunyai sokongan untuk menukarkan jenis tulisan. Jika menggunakan desktop, cmd atau Notepad boleh digunakan bagi memastikan perkataan tersebut. Namun, untuk telefon pintar pula anda boleh menggunakan mana-mana aplikasi seperti Instagram.

teknik phishing

Caranya, Create Stories > salin dan tampalkan perkataan tersebut. Kemudian, anda akan melihat perbezaannya.

Ini hanyalah sebagai contoh. Anda juga boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang boleh menukarkan jenis tulisan ini untuk kepastian bagi perkara-perkara yang melibatkan data peribadi.

Semoga ia memberi manfaat.

Terima kasih atas perkongsian Kim Mohito.

Berkaitan