Ia menimbulkan persoalan dalam kalangan komuniti komputer riba mengapa hanya terhad kepada RTX 2060 sedangkan CPUnya adalah berkuasa setaraf varian dari cip Intel.
Melihat kepada jawapan di sebalik persoalan ini, IgorsLab mendedahan permasalahan pada cip AMD terutamanya Ryzen 4000H.
Menurutnya, kad grafik yang disertakan dengan cip ini hanya terhad kepada laluan 8 PCIe 3.0 sahaja dan bukannya 16 laluan PCIe.
Tambahannya lagi, jika kad grafik yang lebih berkuasa dimuatkan dalam komputer riba AMD Ryzen 4000H, komputer riba itu akan mengalami masalah untuk mengendalikan kad tersebut.
Sebagai contoh, jika kad grafik jenis RTX 2070 disertakan, ia akan mengalami pengurangan prestasi sebanyak 3% ke 5% disebabkan ketidakserasian ini.
Untuk itu, IgorsLab melaporkan maksimum kad grafik yang paling optimum adalah RTX 2060 SUPER. Ini adalah mengapa hanya RTX 2060 sahaja yang dimuatkan pada komputer riba AMD kerana RTX 2060 SUPER untuk komputer riba masih belum wujud.
Apa yang lebih penting adalah, objektif AMD adalah untuk menawarkan komputer riba yang lebih 'mampu milik'. Jika kad grafik yang lebih berkuasa dimuatkan, sudah tentu ia akan membuatkan harga komputer riba mencanak naik.
Selain itu, kebanyakan komputer riba gaming dipasarkan dengan skrin 1080p dan RTX 2060 sudah mencukupi untuk bermain pada grafik tetapan Ultra.
Ini bermakna jika anda mahukan kuasa kad grafik yang lebih berkuasa, komputer riba Intel adalah lebih sesuai untuk dibeli.
Menariknya pada cip AMD Ryzen 4000G yang baru sahaja dilancarkan, terdapat 16 laluan PCIe 3.0 untuk kad grafik dan tidak terhad seperti AMD Ryzen 4000H.
Akan tetapi, pada pendapat saya, kad grafik yang lebih berkuasa mendatangkan masalah yang lebih serius seperti haba dan juga jangka hayat yang kejap.
Jadi, jika hanya setakat bermain permainan menggunakan RTX 2060 pun, ia masih tidak menjadi masalah.
Sumber: IgorsLab
Berkaitan
- AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia
- Siri HONOR V30 Dilancarkan - Kirin 990, Tri-Kamera Belakang, Bateri 4000mAh Dengan Pengecasan 40W
- Gigabyte Malaysia Memperkenalkan Kad Grafik RTX 30 Siri AORUS Yang Dilengkapi Paparan LCD
- Alienware M15 Dan M17 R4 Dengan RTX 3070 Kini Di Malaysia Bermula RM10,799
- Microsoft Surface Book 3 Dilancarkan - Kemaskini Spesifikasi Intel Gen-10 Dan Pilihan NVIDIA Quadro RTX 3000
- Minecraft Dengan RTX Kini Sudah Boleh Dimainkan Di Windows 10 Untuk Semua
- Galax Malaysia Adakan Promosi Jualan RTX 2060 Hanya RM99 Sahaja 16 September Ini
- AMD Umum Kad Grafik Radeon 5600 XT Untuk Melawan Dominasi Gaming 1080p GTX 1060 Nvidia
- Kad Grafik Pihak Ketiga AMD Radeon RX 5700 Kini Di Hujung Nyawa
- Siri AMD Ryzen 5000 Kini Rasmi - CPU Generasi Baharu Untuk PC Master Race Dengan Senibina Zen 3