AMD Ryzen 4000 Versi Desktop Diperkenalkan - Terdapat Juga Variasi PRO Untuk Kelas Bisnes

Tarikh keramat untuk pembina PC tegar yang mahukan produk dan perkakas baharu, hari ini AMD telah mengumumkan cip pemprosesan Ryzen 4000 untuk versi dekstop. Sebelum ini sememangnya sudah ada cip ini, namun ia merupakan versi yang digunakan dalam komputer riba sahaja.

Secara lebih tepat lagi, siri yang diumumkan ini adalah siri G yang turut dimuatkan dengan pemprosesan grafik Radeon terbina. Selain itu, terdapat juga varian Ryzen 4000 PRO yang ditujukan untuk kelas bisnes dan siri Athlon 3000 dengan grafik terbina Radeon juga.

AMD apresenta novas APUs Ryzen 4000G com desempenho gráfico sem ...

Untuk cip Ryzen 4000 ini, ia dibina dari proses 7nm dari seni bina Zen 2 manakala soket yang disokong pula adalah dari jenis AM4.
AMD Ryzen 4000 dan Athlon 3000

Untuk barisan cip AMD Ryzen 4700G desktop ini, menurut AMD, ia menawarkan:

  • Sehingga 2.5X ganda prestasi multi-teras berbanding generasi sebelumnya.

  • Sehingga 5% prestasi teras tunggal lebih baik berbanding Intel Core i7-9700.

  • Sehingga 31% prestasi multi-teras lebih baik berbanding Intel Core i7-9700.

  • Sehingga 202% prestasi grafik lebih baik berbanding Intel Core i7-9700



AMD Ryzen 4000 PRO Dan Athlon PRO 3000

Portfolio PRO dalam penamaan cip Ryzen 4000 ini lebih ditujukan kepada suasana bisnes moden. Ia dilengkapi dengan pelbagai lapisan sekuriti serta prestasi lebih dipertingkatkan. Bersama-sama itu, ia turut dimuatkan dengan ciri sekuriti seperti AMD Memory Guard dan AMD Secure Processor.

Menurut AMD, Ryzen PRO 4000 ini menawarkan:

  • Sehingga 31% prestasi lebih baik berbanding pesaing.

  • Sehingga 43% lebih prestasi setiap watt berbanding pesaing.




AMD tidak mengumumkan harga pasaran namun tarikh jualan adalah bermula suku ketiga 2020 untuk Ryzen 4000. Versi PRO pula telah mula dijual lebih awal bermula 21 Julai ini.

Sumber: AMD

Berkaitan