Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS SmartLane

Ini 18 Lokasi ‘SmartLane’ PLUS Yang Sah Diguna Sempena Aidilfitri 2024

Diterbitkan Mac 29, 2024 · Dikemas kini Mac 29, 2024 oleh ariff bukhari

Sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan mereka telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik.

Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) untuk menunjukkan bahawa laluan SmartLane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi yang tertentu.

Bagi menguruskan kesesakan, PLUS juga mengumumkan akan menambah laluan SmartLane kepada 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik.

Smartlane 1
Smartlane 2

Ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya.

PLUS SmartLane

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di enam lebuh raya di Malaysia sempena musim perayaan yang lalu, lebih 70 peratus pengguna jalan raya yang menggunakan laluan SmartLane bersetuju bahawa inisiatif SmartLane telah membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian/penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Pengarah Urusan PLUS.

PLUS turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Aplikasi PLUS, Aplikasi Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan dan mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Siaran media PLUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY