Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Infinix ZERO Flip Dijual Pada Tanda Harga RM2,999 Di Malaysia

Posted on Oktober 1, 2024Oktober 8, 2024

Telefon lipat pertama Infinix, ZERO Flip telah hadir ke pasaran Malaysia dengan tanda harga RM2,999. Ini menjadikan ia telefon lipat jenis clamshell mampu milik buat masa sekarang. Sebagai permulaan, telefon ini hadir dengan memori 8GB+8GB RAM tambahan serta storan dalaman 512GB.

Ia menawarkan skrin dalam 6.9 inci LTPO AMOLED dan skrin luar 3.64 inci AMOLED yang masing-masih berkadar segar semula 120Hz. Telefon ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8020 dan dibekalkan bateri 4,720mAh dengan sokongan pengecasan 70W. Dari sudut fotografi, kamera peranti ini terdiri daripada 50MP utama dengan OIS, 50MP ultra lebar dan swafoto 50MP.

Mirip Zero 40 5G, telefon ini juga dintegrasi kamera GoPro bagi membuat rakaman video aksi. Lain-lain adalah seperti menjalankan XOS 14.5 berasaskan Android 14, pembesar suara ditala JBL dan kemas kini tiga tahun.

Bagi anda yang berminat, Infinix ZERO Flip sudah pun tersedia di Shopee, Lazada dan juga TikTok shop rasmi Infinix.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllroan

Lazada – https://invol.co/cllroai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress