Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix xpad

Infinix XPAD Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM699

Diterbitkan September 18, 2024 · Dikemas kini September 18, 2024 oleh Amsyar Latif

Infinix kini secara rasmi membawa masuk tablet pertama mereka, XPAD ke pasaran Malaysia di mana ia ditawarkan pada harga serendah RM699.

XPAD dikuasakan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan bersama 4GB RAM (WiFi) dan 8GB RAM (4G) serta storan dalaman 256GB. Slot kad mikroSD turut disediakan bagi yang mahukan storan tambahan.

Tablet ini menampilkan skrin berukuran 11 inci dengan resolusi 1920×1200 LCD berkadar segar semula 90Hz.

Infinix XPAD Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM699

Selain itu, ia juga hadir dengan kamera 8MP untuk hadapan dan belakang. Di dalam peranti lagi, bateri sebesar 7,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Lain-lain adalah menjalankan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 dan juga menawarkan pembantu suara maya Folax berasaskan ChatGPT.

Infinix XPAD Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM699

Tiga warna tablet boleh dipilih dan Infinix menawarkan dua varian, WiFi dan juga selular 4G (LTE). Harga adalah RM699 bagi varian WiFi. Manakala versi selular pula RM899.

Kepada yang berminat, ia sudah boleh dibeli bermula hari ini di platform dalam talian dan TikTok Infinix.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllpgft

Lazada – https://invol.co/cllpgg8

Berkaitan

  • Telefon Infinix Kini Tersedia Di 20 Cawangan Urban Republic by Switch
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY